

Hari Raya Aidilfitri akhirnya tiba, menyambut kedatangan Syawal dan mengucapkan selamat tinggal kepada Ramadhan. Semoga Allah S.W.T memanjangkan umur kita agar dapat kita sekali lagi bertemu dengan bulan Ramadhan yang penuh keberkatan pada tahun-tahun yang akan datang. Diharapkan agar Ramadhan tahun ini adalah yang terbaik berbanding tahun-tahun yang sebelumnya.
30 Sept 2008:
10:30 AM-
Bertolak pulang daripada Kertih ke K.Bharu (tumpang kawan, road tax kereta expired, lupa nak renew!)
03:30 PM-
Tiba di rumah Mami, K.Bharu. Rehat jap & pinjam kancil, pegi Telipot.
04:00 PM-
Tiba di rumah To'ma. Jumpa Faheem and Leeni... ;)
06:00 PM-
Tiba di rumah Mami, buka puasa bersama keluarga. Tolong-tolong sket persiapan raya esok, masak gulai biri-biri tuh...akikah Arissa...Alhamdulillah
11:00 PM-
Pulang ke rumah To'ma. Orang lain semua keluar, malam raya. Faheem dah tido. To'ma bangun masak Nasi Dagang untuk raya esok hari....
12:00 AM-
Tidur...Zzzzz
01 Oct 2008:
06:30 AM- Bangun, Solat Subuh....;) Hari ini hari raya........yeaaaah!
07:30 AM- Bersiap untuk ke masjid sembahyang raya
08:30 AM- Pecutan 90km/j (kancil mami) menuju ke Masjid Muhammadi, K.Bharu. Sampai jer terus semayang raya..! Fuh, nasib baik sempat..!
09:30 AM- Pulang dari sembahyang raya. Makan dulu, nasi dagang beb...syahdu betul, lama tak makan waktu pagi, maklumlah, puasa!....Memang nikmat...brrppp!
10:30 AM- Bertolak ke rumah mami, pasal hari nih nak pegi Beris, hantar lauk akikah yang dimasak tuh, kira parking jer kat Beris, sure habis punya.
11:00 AM- Sampai di Beris, lepak rumah Mek
02:00 PM- Berkunjung ke rumah mok ni, jumpa mok noh..
03:00 PM- Bertolak pulang
04:00 PM- Beraya ke rumah Umi
05:00 PM- Beraya ke rumah Pok Long & Mok Long
06:00 PM- Pulang ke Telipot
02 Oct 2008:
10:00 AM- Beraya ke rumah Ayah Zin
11:00 AM- Beraya ke rumah Pok Joh
12.00 AM- To'Ba, To'Ma, Kalil & Nono di bawa beraya ke rumah Mami
12:30 PM- Beraya ke rumah Che' Sah...(makan tengah hari, huhu....)
02:00 PM- Tiba di Telipot, mandi..sembahyang...
03:00 PM- Beraya ke rumah Kak Tie d' Pasir Pekan (dekat sejam strended atas jambatan, jam)
05:30 PM- Tiba di Telipot
10:30PM- Balik rumah mami.
12:00 AM- Tidur..Zzzzz!
03 Oct 2008:
10:00 AM- Beraya ke rumah Kak Che'
12:00 PM- Beraya ke rumah Kak Hilmun
04:00 PM- Aktiviti bebas
08:30 PM- Pegi ke rumah To'Ba
11:30 PM- Pulang ke rumah mami, tidurr!!
04 Oct 2008:
09:00 AM- Bertolak ke Kuala Terengganu. Destinasi, Kg Losong Hj Long, rumah Pak Ngah Sid
12:30 PM- Tiba di rumah Pak Ngah Sid. Makan tgh hari. Lepak-lepak. Mandi, sembahyang, jalan-jalan tepi sungai. Ramai orang kat rumah tu, sentiasa penuh.
04:30 PM- Bertolak balik ke K.Bharu. Farhan, Along, Darwisy, Kakak, Abg Hafiz, Elman dan Arissa semua menuju ke Kuantan, seterusnya ke K.Lumpur. Selamat Jalan, semuga selamat tiba ke destinasi. Salam raya dari kami..semuga jumpa lagi..!!
06:30 PM- Tiba di rumah k.bharu. Sembahyang asar...sempat lagi.
07:30 PM- Makan malam (tadi singgah beli 'longkang' di To' Bali, yum2...sedap woo! Mami buat masak ape ntah, tapi sedap sangat..licin habis)
10:30 PM- Semua sudah mengantuk, tidur awal malam nih, penat travel.
05 Oct 2008:
Hari nih, tidak banyak aktiviti luaran yang dilakukan. Maklumler, penat semalam masih belum reda. Faheem pun asyik tidur jer siang hari...penat barangkali..sama lah ngan orang lain. Hanya lepak-lepak merehatkan diri.
08:80 PM- Bertolak ke Pasar Tani Wakaf Che Yeh. Sajer jer nak tengok-tengok barang dan beli aper yang patut kalau ader yang berkenan. Tapi biasalah, yang banyak dapat baju mestilah Fahemm...hehe
10:30 PM- Pulang ke Telipot.
11:30 PM- Pulang ke rumah mami. Tidur..ZZzzzz
06 Oct 2008:
Aktviti hari nih pun tidak banyak yang dilakukan diluar. Cuma lepak-lepak di rumah sambil Leeni dah mula simpan-simpan barang untuk balik keesokan harinya.
03:30 PM- Pergi berjalan-jalan cari ilham di KB Mall, bersama Mami, Leeni, Faheem and Su. Faheem nampak kereta control yang buleh naik (RM 300++) tuh, siap nangis-nangis. Kononya nak mintak kita beli ler. Tapi bapak dia buat selamba jer tak tahu, amik dia dan terus meninggalkan kedai tersebut..haha..(Sorry laa Faheem, bukan aper, mahal sangat, kalau RM 39 ringgit tuh buleh ler tahan...ini sampai tiga ratus lebih, tak daya laa..hehe)
06:00 PM- Tiba di rumah, makan malam.
09:00 PM- Pergi rumah To'Ba & To' Ma. Jumpa dulu sebelum balik esok. Salam-salaman. Faheem kutip duit raya lagi..(terima kasih!)
11:30 PM- Tiba rumah mami. Faheem belum tidur, tapi berjaya tidurkan dia, pukul 12 mlm. Leeni sambung kemas barang untuk dibawa balik esok.
07 Oct 2008:
05:00 AM- Bangun dan bersiap untuk bertolak ke KL.
06:00 AM- Tiba di KB Airport (setelah membuat pecutan drastik dari rumah dengan Kancil, hanya 5 minit dari Tmn Sri Mutiara ke KB Airport, ;P)
06:50 AM- Kapal terbang berlepas ke KL.
07:50 AM- Tiba di KLIA
08:30 AM- Breakfast
09:30 AM- Bas ke Ipoh bertolak.
12:30 PM- Tiba di Medan Gopeng, Ipoh
01:00 PM- Tiba di Peik Leik Workshop. Amik kereta Leeni yang dah siap.
02:00 PM- Makan tgh hari di Green Town, Ipoh
03:30 PM- Tiba di rumah, miss all moments!!
Selamat Hari Raya, Maaf Zahir & Batin: Daripada kami sekeluarga: Farris, Leeni & Faheem
THE END.