Semalam, kami akhirnya tiba di rumah setelah 2 hari berada di S.Petani. Tujuan kesana adalah untuk menyertai program bersama teman sekerja yang di adakan di Cinta Sayang Golf & Resort, SP. Inilah pertama kali kami sampai di Sg Petani, tanpa berbekalkan peta yang lengkap, kami menuju ke tempat program hanya berpandukan sign board. Betul lah kata kakak, sign board di negara kita biasanya diletakkan di tempat-tempat yg tersembunyi. Alhamdulillah, kami berjaya sampai, tanpa sesat ke kampung-kampung yang tak berkenaan..hehe!
Acara bermula pada malam hari dimana perlawanan bolasepak persahabatan antara kakitangan pelantar Dulang (termasuk ler aku) melawan PFK (Petronas Fertilizer Kedah). Seperti yang dijangka, pasukan kami tewas 3-0 kepada pihak lawan. Percaturan di kertas menggambarkan kekalahan yg lebih besar, tetapi hanya bolos 3 biji sahaja...kira okey ler tuh...dengan pemain2 yang baru tiba lewat petang setelah seharian memandu (terutama yang tinggal di pantai timur dan selatan tanahair)...
Kemudian, kami disajikan dengan Kuey Teow Lambung goreng, di gerai berhampiran...tetapi dek kerana rombongan yang ramai (25 keluarga mengambil bahagian), masakan agak lambat tiba, kerana tukang masak hanya ader 3 orang, dan time nak makan baru diorang masak....so 'masak' jugakler menunggu....tapi kuey teow tuh memang sedap....kira berbaloi jugak ler tunggu...kami tiba di hotel (kami menginap di Swiss Inn S.Petani) lewat tgh malam, lebih kurang 12.30 AM..
Keesokan nya, maser untuk ker Karnival Water Park di Cinta Sayang Resort...tempatnya agak menarik...ramai juga orang, almaklumler, cuti sekolah...acara-acara yang disediakan ialah tele-match (untuk kanak2) dan husband-wife match (untuk org tua-tua)..haha...kemuadian, semua membuat aktiviti2 bebas bermain di taman tema air bersama keluarga masing2...
Kami, memang takleh lari dah..pasal Faheem pun dari awal duk kenen2 kat kolam air tuh...abis jer acara2 formal, terus dia berlari ker kolam...terpaksalah join..(dlam terpaksa pun lama gak duk melayan main air and mandi-manda)...petang kami menuju balik ke bilik, faheem? Memang penat dia, sampai tak larat main air, and bile tengok kolam kat hotel pun, buat muka cam takder selera jer...tu ler, satu hari main air...
Malam, kami menghadiri dinner yang di selang selikan dgn acara penyampaian hadiah kepada pemenang2 telematch tadi....and yg tak menang pun dapat gak hadiah, pendek kata, semua keluarga yang hadir memang bawak balik hadiah..hahah..memang best!
Keesokkan nya, selepas breakfast, kami bertolak balik ker rumah....perjalanan memakan maser lebih kurang 3 jam dari Tronoh ker Sg. Petani...sampai jer memang penat, layan lepak and tidur...ZZzzzzzz!!
Nota kaki: Untuk mereka yang ingin mencari tempat selain daripada Sunway Lagoon atau tempat2 lain yang dah banyak kali pergi, kami memang rekomen tempat nih....bagus untuk bercuti bersama keluarga dan jiran-jiran tetangga.
No comments:
Post a Comment