Friday, January 30, 2009

MacGyver Sket!!





McGyver.....ingat tak cerita nih? Sekarang jam hampir menunjukkan pukul 1 pagi. Mata pun agak mengantuk juga ler...sebelum aku turn-off TV, aku tgk dulu channel-channel yg masih menyiarkan siaran di pagi ini. Tetiba, terbayang muka mamat nih di TV2, yang mana muka tuh amat tidak asing lagi, maser aku kecil dahulu. Aku termenung sekejap, cuba nak ingat kembali, cerita apa kah yg sedang ditayangkan...confirmed cerita lamer, pasal dari segi pakaian pun dapat kita tahu kan..hehe! Rupa-rupanya cerita McGyver..kisah seorang mamat yg konon-kononya bijak dalam menggunakan barang2 disekelilingnya untuk melepaskan diri dari konflik atau kesusahan, justeru menewaskan musuh. Dahulu, cerita ini amat di tunggu-tunggu, biasa ditayangkan pada pukul 9 malam. Seingat aku, abis jer sembahyang isyak, terus tunggu depan TV, tengok cerita nih...hehe..
Nostalgia..nostalgia.

Anyway, maser pun dah lewat malam...time untuk tidur....Selamat Malam!

Wednesday, January 28, 2009

Zoo Taiping


Cuaca agak panas hari nih, so kami mengambil keputusan untuk keluar berjalan-jalan di daerah Taiping, di utara semenanjung tanah air. Kami bertolak dari rumah dalam pukul 11:45 am dan tiba di zoo taiping dalam 15 min sebelum pukul 1 tgh hari. Ramai juga orang yg mengunjungi zoo nih, yaa laah..lagipun hari nih ramai yg masih bercuti dek kerana Tahun Baru Cina yg jatuh pada hujung minggu. Faheem, biasalah, begitu teruja sekali tengok binatang2 yg menarik kat sana...ada pelbagai jenis binatang untuk tatapan pengunjung...kawasan nya pun agak luas dan selesa untuk membawa keluarga bersiar-siar.

Setelah hampir 2 jam berjalan di kawasan zoo...memang penat...tambahan dgn panas lagi. Tapi, puas hati juga kerana tempat ini sungguh tidak mengecewakan pengunjung2. Rasanya, lebih best dari Zoo Negara kat Gombak tuh kut..(lamer dah x pegi, maser kecik2 dulu pernah ler sampai).
Anyway, kalau sapa2 yg nak pergi ke zoo taiping...bleh ler plan yer...amat di rekomen untuk di kunjungi.....Zooom Malaysia!

Monday, January 26, 2009

Times They are A Changing


Just heard this song over the internet. It was written and sang by Bob Dylan sometime, a very long time ago. Found it really interesting, great song to hear to. Here it goes!
Note: Picture also available at my flickr account!

The Times They Are A-Changin'

Come gather 'round people
Wherever you roam
And admit that the waters
Around you have grown
And accept it that soon
You'll be drenched to the bone.
If your time to you
Is worth savin'
Then you better start swimmin'
Or you'll sink like a stone
For the times they are a-changin'.

Come writers and critics
Who prophesize with your pen
And keep your eyes wide
The chance won't come again
And don't speak too soon
For the wheel's still in spin
And there's no tellin' who
That it's namin'.
For the loser now
Will be later to win
For the times they are a-changin'.

Come senators, congressmen
Please heed the call
Don't stand in the doorway
Don't block up the hall
For he that gets hurt
Will be he who has stalled
There's a battle outside
And it is ragin'.
It'll soon shake your windows
And rattle your walls
For the times they are a-changin'.

Come mothers and fathers
Throughout the land
And don't criticize
What you can't understand
Your sons and your daughters
Are beyond your command
Your old road is
Rapidly agin'.
Please get out of the new one
If you can't lend your hand
For the times they are a-changin'.

The line it is drawn
The curse it is cast
The slow one now
Will later be fast
As the present now
Will later be past
The order is
Rapidly fadin'.
And the first one now
Will later be last
For the times they are a-changin'.

Saturday, January 24, 2009

Bebaskan Gaza!!!!!

Akhirnya, setelah hampir sebulan bumi Gaza di gempur dengan serangan dari tentera Rejim Yahudi, gencatan senjata akhirnya berlangsung, menyaksikan pengunduran tentera Yahudi dari Gaza. Perkembangan ini boleh diibaratkan sebagai kekalahan kepada tentera rejim laknatullah, seterusnya melambangkan kemenangan secara tidak langsung kepada Hamas dan rakyat Palestin. Dunia menyaksikan kekejaman yang terhebat berlaku kepada umat Islam di zaman ini, dimana hampir keseluruhan bandar Gaza lumpuh di bedil dan dibom tentera Israel.

Angka korban rakyat Palestin, lebih 1200 orang, dimana hampir separuh daripada jumlah yang terkorban adalah kanak-kanak dan wanita. Lebih 5,200 yang lain cedera dalam kempen keganasan yang dikepalai oleh Israel dan mendapat sokongan padu dari sekutu hebat mereka, Amerika. Dunia arab yang lain, yang begitu gah dengan kemodenan, hanya mampu melihat sahaja kekejaman yang berlaku. Di tambah lagi dengan sokongan secara senyap daripada Mesir, yang menutup sempadan Gaza-Mesir sekaligus menyaksikan betapa lemah dan rapuh persaudaraan antara negara Islam di dunia Arab. Mereka menyaksikan sahaja saudara seagama di bunuh dan dihancurkan oleh bedilan daripada kereta kebal, pesawat, dan roket canggih daripada tentera Yahudi, tanpa sedikitpun rasa bersalah.

Ya, itulah kenyataan yang berlaku mutakhir ini. Boleh lah dirumuskan disini bahawa dunia telah 'dijajah' sepenuhnya oleh Yahudi, baik dari segi pentadbiran, ketenteraan dan ekonomi. Lihat sahaja disekeliling kita yang berada di Malaysia. Kita tidak lekang dari menggunakan barangan yang dihasilkan oleh barat dan Yahudi, dan pada masa yang sama, tidak sama sekali merasa bersalah di atas sokongan yang diberikan kepada mereka. Jika diperhatikan, rata-rata masyarakat kita tidak lekang dari mengunjungi kedai makanan segera barat seperti KFC, McDonalds, dll walaupun di saat peperangan yang berlaku di bumi Palestin.

Adakan kita sedar akan perbuatan ini? Atau sengaja mengambil sikap tidak mengambil tahu. Ingatlah bahawa sesungguhnya, setiap sen yang dilaburkan kepada syarikat-syarikat Yahudi ini akan menyumbang kepada kekuatan ekonomi mereka, seterusnya memberi keupayaan kepada mereka menambah baik teknologi ketenteraan mereka untuk digunakan keatas umat Islam seluruhnya.

Dari itu, sedarlah, dan marilah kita sama-sama menentang mereka dengan memboikot semua barangan keluaran syarikat-syarikat barat / Yahudi; semuga dengan cara ini dapat melumpuhkan ekonomi mereka. Wajar bagi setiap individu Islam di negara ini untuk mengambil sikap ingin tahu dan ingin berubah kepada produk-produk tempatan agar dapat mengurangan kebergantungan kita kepada barangan barat. Ini adalah antara peranan yang boleh kita mainkan sebagai umat Islam, dalam membantu saudara kita yang sedang mengalami kesengsaraan demi mempertahankan tanah air mereka yang tercinta.

Hidup Palestin, Hancurkan Israel!

Note: Gambar hasil gubahan penulis, digunakan sebagai poster dalam menunjukkan sokongan kepada rakyat Palestin dalam menuntut pembebasan dari cengkaman rejim Yahudi.

Friday, January 2, 2009

Selamat Tahun Baru (1430H & 2009)


Terasa lama juga tidak menulis di 'Kembali Mendaki' kerana sibuk dengan aktiviti harian yang tak kunjung selesai. Ya, kepada semua pembaca blog ini, selamat tahun baru hijrah dan tahun baru masihi diucapkan. Semoga tahun 1430H & 2009 bakal membawa seribu kebaikan kepada kehidupan kita semua. Sebagai umat Islam, rugilah kiranya jika tiada pembaharuan dan kecemerlangan yang dicapai dalam tahun baru ini berbanding dengan tahun-tahun yang sebelumnya. Walaubagaimanapun, jika di perhatikan suasana di dalam negara kita dewasa ini, terutamanya di kalangan masyarat kita, masih ramai yang masih 'leka' dan 'hanyut' di buai arus kehidupan yang menyedihkan. Masih tiada perubahan yang drastik dalam kehidupan masyarakat kita secara khusus. Jika direnungkan, perkara-perkara yang akan saya unjurkan di bawah ini menjadi amat biasa kepada kita semua.


- Sistem perundangan masih berteraskan undang-undang ciptaan manusia a.k.a penjajah
- Sistem kewangan penuh dengan amalan RIBA yang berleluasa dan diguna pakai dalam kehidupan seharian kita.
- Sistem kekeluargaan yang lumpuh terutama di kota-kota besar.
-Pemimpin masih dikalangan orang-orang yang tidak mengutamakan Islam sebagai cara hidup
- Artis dan penghibur mendapat penghargaan dan taraf yang tinggi oleh sebilangan besar masyarakat
- Alim Ulama' dan pejuang Islam dilabel sebagai pembangkang, dan di pandang rendah oleh masyarakat
- Remaja lebih mengutamakan gaya hidup yg dibawa dari Barat.
- Arak menjadi minuman kebanggaan dan dihidangkan dalam majlis-majlis keraian dan sambutan perayaan (Sambutan tahun baru 2009 juga tidak terlepas dari gejala ini)
- Pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan
- Ibu bapa yang terlalu sibuk dengan urusan kerja tanpa ada masa untuk memantau pergerakan anak-anak.
- Penggunaan dadah yang berleluasa di kalangan remaja
- Dan banyak lagi...
Jika dilihat kepada perkara di atas, jelaslah bahawa kita tidak jauh dan tidak langsung berubah walaupun selepas negara lebih 50 tahun bebas dari penjajah.
Apa yang hendak dan yang boleh kita banggakan?
Apa yang akan kita katakan dan ceritakan kepada anak cucu kita pada maser akan datang?
Ya, kita begitu meraikan kejayaan negara kerana berjaya menghantar angkasawan pertama ke stesen satelit, tetapi kita tidak langsung boleh meraikan sebarang kejayaan kita (jika ada) dalam menambah baik amalan dan cara hidup kita menuju kearah sebuah masyarakat yang mengamalkan ajaran dan cara hidup berteraskan agama Islam.