Friday, January 2, 2009

Selamat Tahun Baru (1430H & 2009)


Terasa lama juga tidak menulis di 'Kembali Mendaki' kerana sibuk dengan aktiviti harian yang tak kunjung selesai. Ya, kepada semua pembaca blog ini, selamat tahun baru hijrah dan tahun baru masihi diucapkan. Semoga tahun 1430H & 2009 bakal membawa seribu kebaikan kepada kehidupan kita semua. Sebagai umat Islam, rugilah kiranya jika tiada pembaharuan dan kecemerlangan yang dicapai dalam tahun baru ini berbanding dengan tahun-tahun yang sebelumnya. Walaubagaimanapun, jika di perhatikan suasana di dalam negara kita dewasa ini, terutamanya di kalangan masyarat kita, masih ramai yang masih 'leka' dan 'hanyut' di buai arus kehidupan yang menyedihkan. Masih tiada perubahan yang drastik dalam kehidupan masyarakat kita secara khusus. Jika direnungkan, perkara-perkara yang akan saya unjurkan di bawah ini menjadi amat biasa kepada kita semua.


- Sistem perundangan masih berteraskan undang-undang ciptaan manusia a.k.a penjajah
- Sistem kewangan penuh dengan amalan RIBA yang berleluasa dan diguna pakai dalam kehidupan seharian kita.
- Sistem kekeluargaan yang lumpuh terutama di kota-kota besar.
-Pemimpin masih dikalangan orang-orang yang tidak mengutamakan Islam sebagai cara hidup
- Artis dan penghibur mendapat penghargaan dan taraf yang tinggi oleh sebilangan besar masyarakat
- Alim Ulama' dan pejuang Islam dilabel sebagai pembangkang, dan di pandang rendah oleh masyarakat
- Remaja lebih mengutamakan gaya hidup yg dibawa dari Barat.
- Arak menjadi minuman kebanggaan dan dihidangkan dalam majlis-majlis keraian dan sambutan perayaan (Sambutan tahun baru 2009 juga tidak terlepas dari gejala ini)
- Pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan
- Ibu bapa yang terlalu sibuk dengan urusan kerja tanpa ada masa untuk memantau pergerakan anak-anak.
- Penggunaan dadah yang berleluasa di kalangan remaja
- Dan banyak lagi...
Jika dilihat kepada perkara di atas, jelaslah bahawa kita tidak jauh dan tidak langsung berubah walaupun selepas negara lebih 50 tahun bebas dari penjajah.
Apa yang hendak dan yang boleh kita banggakan?
Apa yang akan kita katakan dan ceritakan kepada anak cucu kita pada maser akan datang?
Ya, kita begitu meraikan kejayaan negara kerana berjaya menghantar angkasawan pertama ke stesen satelit, tetapi kita tidak langsung boleh meraikan sebarang kejayaan kita (jika ada) dalam menambah baik amalan dan cara hidup kita menuju kearah sebuah masyarakat yang mengamalkan ajaran dan cara hidup berteraskan agama Islam.


No comments: