Friday, July 17, 2009

Khutbah Jumaat


Khutbah hari ini di Masjid UTP berkisar tentang keperluan solat dalam kehidupan manusia. Solat diwajibkan lima kali sehari kepada setiap umat Islam dan ia merupakan rukun Islam yang kedua. Solat adalah ketika dimana manusia mengabdikan diri kepada Allah SWT dan ia memberi kesedaran betapa kita sebagai hamban-Nya yang perlu patuh kepada setiap tuntutan dan syarat sebagai makhluk-Nya di bumi ini. Walau begitu, merata didapati masih ramai yang meninggalkan solat tanpa merasa sebarang kesalahan atau dosa. Nauzubillah! Kuatkan lah iman dan ketaqwaan kami dalam kami menunaikan suruhan-Mu ya Allah!

Friday, July 10, 2009

Me and the bike..


The above picture was taken when me and my son, Faheem was having a nice cycling moment around the housing areas. It was really interesting to see how this areas developed into a modern landscape compared to previously abandoned mining and lake deserts. We were cycling when Faheem sitting on his special seat all tied-up to the bike. As of now, we always looking forward for another cycling session, especially Faheem since he would not be the one who cycle the bike!

Wednesday, July 8, 2009

Orang Ultra


Ultraman....tentu ramai yang biasa dengar perkataan ini. Terutama sekali mereka yang mempunya anak kecil, secara spesifik anak lelaki. Watak hero ini amat digemari oleh kanak-kanak dan biasa nya membawa kesan yang amat kepada ibu bapa. Tidak diketahui kenapa watak ini begitu digemari oleh anak-anak, tetapi yang pasti Faheem sudah pun terjebak dalam kancah meminati Ultraman ini.

Ia bermula apabila kami pergi ke salah sebuah kedai menjual DVD di Batu Gajah. Berbagai cerita di jual dikedai tersebut termasuklah cerita kanak-kanak. Tiba di situ, Faheem terus menunjuk kan tanganya ke cerita Ultraman dan memujuk kami untuk membelinya. Tidak pasti dengan kesan yang akan berlaku, kami pun beli lah sekeping DVD yang mengandungi 4 cerita Ultraman yang berbeza. Bermula dari situ, cerita ini sentiasa ditayangkan dirumah. Bangun sahaja dari tidur, Faheem akan mula meminta kami untuk memasang cerita tersebut. Dan ia berlarutan sehingga dia tidur semula pada malam hari nya.

Kini kami sendiri pun boleh mengetahui nama-nama Ultraman yang ader seperti Mebius, Tiga dan Giaa. Mana tidak nya, hari-hari Faheem tengok cerita tersebut. Entah bila lah dia akan busan menonton cerita Ultraman, dan kami berharap yang ianya tidak akan berterusan.