
Ultraman....tentu ramai yang biasa dengar perkataan ini. Terutama sekali mereka yang mempunya anak kecil, secara spesifik anak lelaki. Watak hero ini amat digemari oleh kanak-kanak dan biasa nya membawa kesan yang amat kepada ibu bapa. Tidak diketahui kenapa watak ini begitu digemari oleh anak-anak, tetapi yang pasti Faheem sudah pun terjebak dalam kancah meminati Ultraman ini.
Ia bermula apabila kami pergi ke salah sebuah kedai menjual DVD di Batu Gajah. Berbagai cerita di jual dikedai tersebut termasuklah cerita kanak-kanak. Tiba di situ, Faheem terus menunjuk kan tanganya ke cerita Ultraman dan memujuk kami untuk membelinya. Tidak pasti dengan kesan yang akan berlaku, kami pun beli lah sekeping DVD yang mengandungi 4 cerita Ultraman yang berbeza. Bermula dari situ, cerita ini sentiasa ditayangkan dirumah. Bangun sahaja dari tidur, Faheem akan mula meminta kami untuk memasang cerita tersebut. Dan ia berlarutan sehingga dia tidur semula pada malam hari nya.
Kini kami sendiri pun boleh mengetahui nama-nama Ultraman yang ader seperti Mebius, Tiga dan Giaa. Mana tidak nya, hari-hari Faheem tengok cerita tersebut. Entah bila lah dia akan busan menonton cerita Ultraman, dan kami berharap yang ianya tidak akan berterusan.
1 comment:
correction..tukang belinyer hanya lah pp faheem..mak nye x terlibat dlm kancah..:D
btw thanks to channel 613 astro..ultraman no longer rules in faheem's house
Post a Comment