Tuesday, June 23, 2009

Selamat Hari Ibu...

Walaupun hari ibu telah berlalu, tetapi bagi kami, setiap hari adalah hari yang istimewa buat ibu-ibu. Ucapan hari ibu tidak semestinya hanya dilafazkan atau dituturkan pada hari yang di tetapkan sahaja, tetapi jadikanlah ucapan ini sentiasa menitip dibibir kita senantiasa. Ini kerana, jasa ibu tiada tolok bandingan nya. Keadaan ini semakin terasa apabila kami dapat memahami dan menilai betapa besar pengorbanan seorang ibu, apabila kami sendiri menjadi ibu & bapa kepada anak kami. Di kesempatan ini, kami membuat kad untuk di hantar kepada mami, mewakili kami semua yang berada di perantauan. Semoga mami sentiasa dalam keadaan sihat sejahtera dan sentiasa dilindungi Allah S.W.T. Sekian!

Note: Kad telah diposkan semalam.

No comments: