Ya, sudah lama rasanya tidak menulis di kembali mendaki. Entah kenapa sejak akhir-akhir ini agak tiada mood untuk menulis. Barangkali inilah perasaan yang dialami oleh sekian ramai bloggers tenggelam timbul di luar sana. Melainkan mereka yang banar-banar meminati bidang penulisan akan senantiasa lah blog mereka di hiasi dengan berita-berita terbaru dari pemilik mahupun yang di pautkan daripada web lain. Bagiku, untuk menulis memerlukan minat yang mendalam dan kebolehan merungkaikan sesuatu topik atau cerita untuk dikongsi dengan berkesan.
Berkongsi mengenai laman web yang biasa ku lawati. Antaranya Anwaribrahim.blog, Harakah Daily, Malaysia Today, Penarik Beca, Kenny Rockwell, saifulnang.blog dll. Biasanya untuk mengetahui perkembangan semasa ditanah air terutama dari sudut politik, pasti semua boleh meneka laman web mana yang dilawati kan? Memang betul, daripada menonton berita di TV, jauh lebih baik mendapatkan cerita di web atau blog internet yang tidak mempunyai kepentingan atau dipengaruhi mana-mana pihak. Rasanya, loya sudah tekak mendengar cerita omongan kosong umpama sampah sarap yg di baca oleh pemberita di media arus perdana.
Bagi berkongsi cerita, aktiviti, gambar keluarga, dll biasanya flick dan facebook antara pilihan dan kemudahan aplikasi yang ada. Biasanya gambar-gambar aktiviti semasa akan ku-uploadkan ke facebook dan flick. Tapi untuk flick, lebih diutamakan gambar menarik pemandangan yang diambil menggunakan DSLR kamera, kerana mutu gambar yang dipaparkan di web flick adalah amat menarik walaupun dipadatkan ker pixel yang lebih rendah. Jika berpeluang, silalah lawati laman flickr di http://www.flickr.com/photos/farrisn/
Baiklah, rasanya sampai disini sahaja coretan saya pada kali ini. Sehingga berjumpa lagi di posting yang akan datang..
A Month of Reflection
7 months ago
No comments:
Post a Comment