skip to main |
skip to sidebar
Tahukah anda mengamal minum secawanair teh "O" setiap pagi boleh mengawal berat badan anda. IsyaAllah jika anda mengamalkannya, berat badan anda akan berkurangan (memang terbukti keberkesanan) . Al-Quran juga ada mengajar kita menjaga kesihatan spt membuat amalan spt: 1. Mandi awal pagi sebelum subuh @ sekurang kurangnya sejam sebelum matahari naik.. Air sejuk yang meresap ke dalam badan boleh mengurangkan lemak berkumpul. Kita boleh saksikan org mengamal mandi awal pagi kebanyakan badan tak gemuk. 2. Rasulullah mengamalkan minum segelas air sejuk setiap pagi. Mujarabnya InsyaAllah jauh dari penyakit.... (susah nak kena sakit).. 3. Waktu sembahyang subuh disunatkan kita bertafakur (iaitu sujud sekurang kurangnya seminit selepas membaca doa). Ia boleh mengelak dari sakit pening @ migrin. Ini terbukti oleh para saintis yg membuat kajian kenapa dalam sehari perlu kita sujud. Ahli-ahli sains telah menemui beberapa milimeter ruang udara dalam saluran darah di kepala yg tidak dipenuhi darah. Dengan bersujud, maka darah akan mengalir ke ruang berkenaan.. 4. Dalam kitab juga ada melarang kita makan makanan darat bercampur dengan makanan laut. Nabi pernah menegah kita makan ikan bersama susu, dikhuatiri akan cepat mendapat penyakit. Ini terbukti oleh saintis yang menjumpai di mana dalam badan ayam mengandungi ion (+) manakala dalam ikan mengandungi ion (-). Jika dalam suapan ayam bercampur dengan ikan maka terjadi tindak balas biokimia yng terhasil yg boleh merosakkan usus kita. 5. Nabi juga mengajar kita makan dengan tangan dan bila habis hendaklah menjilat jari. Begitu juga ahli saintis telah menjumpa bahawa enzime banyak terkandung di celah jari jari, iaitu 10 kali ganda terdapat dalam air liur. (enzime sejenis alat percerna makanan, tanpanya makanan tidak hadam) Sabda Nabi, ilmu itu milik Tuhan, barang siapa menyebarkan ilmu demi kebaikan, insyaAllah Tuhan akan menggandakan 10 kali kepadanya.
Kalau ikutkan perancangan awal, percutian di Bukit Merah ni tiada dalam jadual. Tetapi setelah memikirkan jarak perjalanan yang dilalui ke Yan Kedah, kami mengambil keputusan untuk singgah bermalam di Bukit Merah Lake Town Resort. Kami mencari apartment yang berdekatan dengan taman tema, akhirnya kami memtutuskan untuk menginap di salah sebuah apartment yang tidak jauh dari taman tema. Sewa bilik hanyalah RM75 semalam, dengan kemudahan yang lengkap dan penjagaan bilik yang baik, harga sewa bolehlah dikategorikan sebagai amat berbaloi. Keesokan harinya, kami berkunjung ke taman tema Bukit Merah. Bayaran tiket yang dikenakan hanya RM 28 seorang. Harga tersebut termasuk lawatan ke Pulau Orang Utan, Ecopark, dan taman tema air. Buat pertama kali kami melihat sendiri orang utan dari jarak dekat. Orang utan ini ditempatkan di sebuah pulau yang berasingan daripada taman tema utama. Pengunjung perlu menaiki ferry yang disediakan untuk ke pulau tersebut. Suatu pengalaman yang menarik!!Selepas itu, kami pergi ke Ecopark, di mana pelbagai haiwan di tempatkan untuk tatapan pengunjung. Kesian haiwan-haiwan tersebut. Nasib baik lah mereka tidak tahu yang mereka sebenarnya berada di dalam zoo. Kami juga di sajikan dengan pertunjukkan akrobatik dan matematik oleh burung kakak-tua, yang sememangnya dilatih berkurun lama untuk membuat aksi-aksi tersebut. Kami percaya yang burung-burung tersebut sudah dilalaikan dengan permainan yang mengasah skill mereka, di mana mereka rasa yang itu adalah permainan untuk mengeluarkan peluh, tetapi sebenarnya hanya untuk pertunjukkan kepada manusia..haha!Akhir kata, percutian di sini amatlah menarik dan memberangsangkan!!...Semoga jumpa lagi!
Kedah, sebuah negeri yang terkenal dengan industri penanaman padi, terletak di utara semenanjung Malaysia. Kami berkunjung ke Yan Kedah minggu lepas dengan tujuan untuk menghadiri perkahwinan kawan Leeni, Rohkmah; juga dikenali sebagai 'Rohk' yang sama-sama mengajar di UTP dalam bidang Teknologi Maklumat. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 3 jam setengah daripada rumah kami di tronoh sebelum sampai ke rumah pengantin. Tiba lebih kurang pukul 1.30 ptg, kami terus menuju ke khemah untuk makan tengah hari, almaklumlah, tak sempat sarapan pagi sebelum bertolak. Pengantin tiba dalam 15 minit kemudian, dan kami mengambil kesempatan untuk bergambar bersama pengantin sebelum bertolak pulang. Kedua-dua pengantin kelihatan amat secocok sekali, kami sekeluarga mangucapkan 'Selamat Pengantin Baru'....semuga berbahagia selamanya! Kami bertolak pulang ke rumah pada pukul 3 ptg.Nota kaki: Gambar di ambil oleh penulis