skip to main |
skip to sidebar
Kedah, sebuah negeri yang terkenal dengan industri penanaman padi, terletak di utara semenanjung Malaysia. Kami berkunjung ke Yan Kedah minggu lepas dengan tujuan untuk menghadiri perkahwinan kawan Leeni, Rohkmah; juga dikenali sebagai 'Rohk' yang sama-sama mengajar di UTP dalam bidang Teknologi Maklumat. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 3 jam setengah daripada rumah kami di tronoh sebelum sampai ke rumah pengantin. Tiba lebih kurang pukul 1.30 ptg, kami terus menuju ke khemah untuk makan tengah hari, almaklumlah, tak sempat sarapan pagi sebelum bertolak. Pengantin tiba dalam 15 minit kemudian, dan kami mengambil kesempatan untuk bergambar bersama pengantin sebelum bertolak pulang. Kedua-dua pengantin kelihatan amat secocok sekali, kami sekeluarga mangucapkan 'Selamat Pengantin Baru'....semuga berbahagia selamanya! Kami bertolak pulang ke rumah pada pukul 3 ptg.Nota kaki: Gambar di ambil oleh penulis
1 comment:
hehe, nasib baik dah tukar nama yee.. Entry macam membaca berita la gaya penulisan encik. :D Thanks for the lovely photo!! :)
Post a Comment