Keesokan harinya, kami berkunjung ke taman tema Bukit Merah. Bayaran tiket yang dikenakan hanya RM 28 seorang. Harga tersebut termasuk lawatan ke Pulau Orang Utan, Ecopark, dan taman tema air. Buat pertama kali kami melihat sendiri orang utan dari jarak dekat. Orang utan ini ditempatkan di sebuah pulau yang berasingan daripada taman tema utama. Pengunjung perlu menaiki ferry yang disediakan untuk ke pulau tersebut. Suatu pengalaman yang menarik!!
Selepas itu, kami pergi ke Ecopark, di mana pelbagai haiwan di tempatkan untuk tatapan pengunjung. Kesian haiwan-haiwan tersebut. Nasib baik lah mereka tidak tahu yang mereka sebenarnya berada di dalam zoo. Kami juga di sajikan dengan pertunjukkan akrobatik dan matematik oleh burung kakak-tua, yang sememangnya dilatih berkurun lama untuk membuat aksi-aksi tersebut. Kami percaya yang burung-burung tersebut sudah dilalaikan dengan permainan yang mengasah skill mereka, di mana mereka rasa yang itu adalah permainan untuk mengeluarkan peluh, tetapi sebenarnya hanya untuk pertunjukkan kepada manusia..haha!
Akhir kata, percutian di sini amatlah menarik dan memberangsangkan!!...Semoga jumpa lagi!
No comments:
Post a Comment