Tuesday, December 2, 2008

Adab & Tisu

Pernahkah anda mengalami situasi di mana selepas selesai makan dan setelah membasuh tangan, anda sampai semula di meja makan dan mendapati yang sehelai tisu pun tiada di tempatkan di meja tersebut. Setelah melihat kiri kanan, juga tiada di meja berdekatan. Rupa-rupanya, tisu disusun rapi di meja tokeh kedai tempat pelanggan membayar makanan.

Tension kan? Ituler, kebelakangan nih situasi sebegini sering terjadi kat aku...bila habis basuh tangan jer, tengok tisu takder..argghh! Aper, dia ingat lepas makan tuh kita nak blah terus ker...and kalau pegi situ, sah ler kena bayar..dah bayar tuh, malas ler nak patah balik ker meja untuk lepak dan menghabiskan minuman.

Apalah salahnya, letak jer laa tisu tuh kat meja, lagipun berapa sen sangat ler harga tisu tuh...biasanya, perkara macam nih berlaku di kedai makan di sebelah pantai barat semenanjung...
Satu lagi, bila nak bayar jer, pelayan dengan muka selamba buduh jer, suruh bayar di kaunter. Bukan nak komen aper, tapi dah ler makanan tuh pelanggan amik sendiri, carik meja sendiri, cuma air jer ler yg di hantar ke meja, nak bayar pun kena pergi mengadap tokeh...Aper ker bangang, takder raser mesra pelanggan langsung...mungkin ramai antara kita yg tak sedar, kerana kononya dah terbiasa, tapi cuma fikir-fikir kembali. Zaman dahulu, kalau makan tuh, panggil jer, kira kat meja...ader laa hormat dan rasa menghargai pelanggan sket...Tapi zaman sekarang tidak lagi!

1 comment:

Ankabut said...

Memang betol tu. Bukan stakat kat kedai makan je, Kat kenduri pon sama. Especially kat bandar. Tetamu datang je terus gi ke meja makan. Makan ala buffet mesti lah ambik sendiri. Pastu dah abis makan balik. Kadang-kadang nak cari tuan rumah nak jumpa pon susah. Dulu pelik jugak, tapi sekarang dah terbiasa.