Jam menunjukkan hampir 12 mlm...pada maser ini, sememangnya aper yg difikirkan adalah untuk berbaring dan merehatkan fikiran dan badan setelah sehari lagi menjalankan ibadat puasa dan bekerja. Teringat satu artikel yg bertajuk 'Segelas Air'. Seorang Prof bertanya kepada pelajar di dalam sebuah kelas tentang aper yg akan berlaku jika dia terus memegang segelas air selama 5 minit. Dengan selamba, pelajar membalas yg tiada aper yg akan terjadi kerana gelas tersebut hanya mempunyai air yg semesti nyer ringan sahaja. Bertanya lagi Prof, aper akan jadi jika dia terus memegang gelas tersebut tanpa meletak kannya selama 3-4 jam. Terus sahaja pelajarnya membalas yg perbuatan tersebut akan membahayakan dirinya, dimana otot-otot tangan mungkin akan menjadi kejang kerana beban yg berterusan dikenakan. Lalu Prof itu menjawab, yaa...itulah yg akan berlaku kepada kita, jika kita terus membebani fikiran kita dengan masalah atau urusan yg tidak atau belum dapat diselesaikan dalam jangka masa yg lama...fikiran akan menjadi letih, resah dan gelisah, walaupun masalah tersebut tidaklah sebesar yang kita sangkakan. Oleh itu, jom letak ketepi dulu masalah yg ader, dan kita kembali menyelesaikan nya pada peluang atau hari yang akan datang supaya otak dan perasaan tidak terus terbeban dengan masalah. Itulah yg cuba aku lakukan. Hakikatnya bukan senang, malah semua mengakui..tetapi marilah kita sama-sama mencuba. Jangan lupa berdoa kepada Ilahi, agar dipermudahkan urusan-urusan kita dan pohon pertolongan, dan rahmat daripada-Nya..InyaAllah! Semua yang berlaku, nescaya ader hikmah di sebaliknya.
Selamat Menjalankan Ibadat Puasa.
A Month of Reflection
7 months ago