Dua hari lepas, aku ader apply untuk masukkan paparan Adsense ke Blog nih. Adsense nih kira ruangan iklan yg akan dipaparkan oleh Google ker mana-mana blog yang ader membuat permohonan untuk fungsi ini. Jika sesiapa yang mengunjungi blog tersebut dan meng'klik' paparan iklan yang ader, pemilik Blog akan dapat ler beberapa 'sen' yang akan dikreditkan terus ke dalam akaun pemilik blog.
Tapi bila aku check email hari nih, ader note daripada AdSense yang mengatakan pihak mereka telah menyemak blog 'Kembali Mendaki' nih, yang mana mereka dapati bahawa Blog ini dikendalikan/ dipaparkan menggunakan bahasa yang tidak di iktiraf oleh sistem mereka...cuba teka bahasa aper? Bahasa Melayu ler.....aduss! Ader ker patut, boleh tak iktiraf bahasa melayu, jadi boleh lah kita bayangkan taraf bahasa kita di kalangan masyarakat antarabangsa. Kalau tgk senarai tuh, bahasa Jepun ader, Chinese (siap simplified version / tradisional lagi)

dan bahasa-bahasa lain lagi...Ituler, setelah 51 thn merdeka, kita basih terbelakang terutamanya dari segi bahasa dan banyak perkara lain lagi. Malas nak sebut, tetapi semua maklum...kalau tengok berita jam 8 mlm setiap hari, terutama Tv3, pasti semua raser nak termuntah atau meluat kan? Itu pun dah cukup jelas menggambarkan aper yg sedang berlaku dalam negara kita dewasa ini. Kesimpulanya, teruskan kehidupan, perjuangkan keadilan, elakkan kejahatan & perangi kezaliman..!
No comments:
Post a Comment