Sunday, May 17, 2009

Al-Fatihah



Berita tentang perginya nenek ke rahmatullah, diterima pada 9 May 2009. Di maklumkan, Allahyarhamah meniggal di awal pagi Sabtu, 9hb setelah mengadu sakit di bahagian dada. Mok Ni dan Mek (kedua-dua ibu saudara yang menetap di Beris, bersama nenek) sempat berada disisi semasa kejadian, dan dimaklumkan yang arwah pergi dengan tenang. Sedih dan pilu tatkala mendengar berita tersebut, semasa masih berada di pelantar menjalankan tugas. Sampai di darat keesokan harinya, dan kami sekeluarga pulang ke kampung untuk menghadiri majlis tahlil yang diaadakan di surau berhampiran rumah arwah. Tahlil diadakan sehingga malam Jumaat...Kepada pembaca Kembali Mendaki, marilah kita sama-sama membaca Al-Fatihah, untuk Allahyarhamah Halijah bt Yusuf, semoga rohnya ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman dan dilindungi Allah S.W.T....

Nota: Gambar semasa beraya di kampung bersama nenek (panggil Mok) tahun lepas...

No comments: