Saturday, May 2, 2009

Projek Penukaran Paip Dasar Laut di pelantar Dulang FY2009




Hari ini masuk hari ke-5 kerja-kerja menukar paip yang menyalurkan gas daripada pelantar Dulang-B ke Dulang-D. Projek di usahakan oleh Jabatan Penyelenggaraan Paip, PMO dengan kerjasama daripada pihak daripada KL. Kontraktor yang terlibat dalam kerja-kerja panukaran adalah Teknik Lengkap Offshore (TLO), PBJV dan beberapa sub-kontraktor yang lain.



Pipelay Derrick Barge yang digunakan dalam melaksanakan kerja-kerja kritikal ini dikenali sebagai Enterprise 3, yang mampunyai kapasiti mengangkat muatan sehingga ke 800 tan dengan menggunakan kren utama (dapat dilihat menerusi gambar, struktur besar yg berwarna merah). Daripada servey yang dibuat suatu ketika dahulu, kalau tak silap dalam tahun 2007, di sahkan bahawa paip yang berada di dasar laut telah mengalami fenomena bengkok, bermula dari Dulang -B hingga lebih kurang 300 meter ker Dulan D. Situasi ini telah menyebabkan paip tersebut tidak dapat di gunakan untuk menyalurkan gas pada tekanan yang di tetapkan, yang mana gas hanya boleh disalurkan pada tekanan tidak melebihi 8,400 Kpa. Mengikut design asal, ia sepatutnya boleh beropasi sehingga 12,500 Kpa tekanan.

(gambar menunjukkan kedudukan Enterprise 3 yang berhampiran dgn pelantar Dulang B semasa kerja-kerja berlangsung)


Pada umumnya, paip yang telah di potong, akan di bawa naik ker Barge dan paip baru akan di masukkan ke dasar laut daripada Pipelay Barge ini. Ia melibatkan 43 batang paip yang merangkumi jarak lebih kurang 300 meter. Selepas selesai, paip-paip yang telah selasai siletakkan di dasar laut akan di periksa kedudukannya untuk memastikan semuanya berada di trek yang di tetapkan dengan menggunakan ROV (remote operated vehicle). Sambungan antara paip menggunakan penyambung "Smart Connector" yang menggunakan prinsip mekanikal. Setelah semuanya selesai, hydrotest akan dilakukan untuk memastikan tiada kebocoran yang berlaku di setiap sambungan. Air akan dimasukkan kedalam paip pada tekanan sehingga ker design pressure yang ditetapkan. Jika semuanya selesai, barulah air ini akan dikeluarkan daripada paip baru tersebut, melalui proses yang di panggil 'de-watering process' sebelum dapat di salurkan gas melauluinya dan sedia untuk digunakan. kerja-kerja ini melibatkan penggunaan ROV dan penyelam yang mahir dalam kerja-kerja di bawah laut. Projek ini jarang-jarang sekali berlaku, dan kesempatan yang ada sekarang amatlah berguna untuk menambah serba sedikit info tentang kerja-kerja penyelenggaraan paip di bawah laut.
(gambar menunjukkan paip lama yang di bawa keluar dari bawah laut, mengalami kesan bengkok)

Kerja penyelenggaraan dijangka siap pada 11 May 2009, semuga semuanya berjalan dengan selamat dan lancar. Insya Allah....






No comments: