Shogun, sebuah buffet restoran yg berkonsepkan makanan Jepun, terletak di Sunway Pyramid, Bandar Sunway, Subang. Khamis lepas, kami bersama kakak, Hafiz, Farhan, Along and Darwisy pergi ke restoran tersebut untuk dinner. Makanan yang disajikan amat menarik, terdapat pelbagai jenis lauk terutama makanan laut yg disajikan kepada pengunjung. Konsep buffet yg diperkenalkan amatlah menarik terutama apabila melibatkan makanan Jepun, di mana kita tidak perlu menunggu lama untuk makanan sampai seperti yang biasa di alami apabila kita berkunjung ke restoran Jepun yg lain seperti Sushi King, atau Tenpayakki...
Terima kasih kepada semua yang mem'belanja' kami di tempat yg amat menarik itu, haha..
Next time kalau ada tempat menarik lagi, boleh lah jemput kami, dan kami tidak langsung rasa keberatan untuk pergi sekali lagi..
No comments:
Post a Comment